Sholawat Imam Syeikh Abdul Qodir Jaelani

Advertisemen


Artinya:

“Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, yang cahayanya telah mendahului segala makhluk, dan penzahirannya merupakan satu rahmat bagi sekalian alam.

Dengan bilangan sebanyak makhlukMu yang telah lalu dan yang akan datang, dan yang berbahagia daripada mereka serta juga yang celaka. Solawat yang merangkumi setiap bilangan dan meliputi setiap kiraan. Solawat yang tiada penghabisan untuknya, dan tiada juga penamat

serta tiada juga penghujung. Solawat yang berkekalan bersama kekekalanMu. Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya, dan kesejahteraan yang seumpama itu.”


Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :


Telah disebutkan oleh para pemberi komentar Ad-Dalail bahawa penghulu kita ‘Abdul Qadir AlJilani telah menamatkan hizibnya dengan solawat ini. Dan telah dikutip daripada As-Sakhawi bahawa beliau telah berkata, “Sesetengah daripada guru-guru kami telah menambahkan penjelasan

bahawa baginya (solawat di atas) ada satu kisah yang menarik, dan adalah satu kali (membaca) darinya menyamai sepuluh ribu (bacaan) solawat (yang lain).”


Dan telah berkata Asy-Syaikh di dalam komentarnya bahawa telah berkata Al-Imam Muhyiddin yang dikenali sebagai Junaid Al-Yaman , bahawa sesiapa yang bersolawat dengan solawat ini sepuluh kali pada waktu pagi dan (sepuluk kali) pada waktu petang, wajiblah baginya menerima keredhaan Allah yang terbesar dan keamanan daripada kemurkaanNya, dan akan diturunkan ke atasnya rahmat serta pemeliharan ketuhanan daripada segala kejahatan, dan akan dimudahkan baginya segala urusan.


Sumber: http://www.kaskus.co.id/profile/2613087



Sholawat Imam Syeikh Abdul Qodir Jaelani
Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments

ads